26 April, 2011

Keinginan Orang Biasa


Kadang kadang di dalam hidup ini ada kejadian berlaku tanpa kita sangka. Seringkali terjadi apabila sesuatu perkara tak baik berlaku dalam hidup kita. Contohnya macam apabila kita hilang selipar then kita pasti akan membeli selipar yang lebih cantik dan selesa. Bila kita tidur then kita bangun semula dalam keadaan yang segar.

Tetapi dalam hidup gua, kejadian baik sering terjadi apabila gua merepek tak tentu hala sebegini.
kehkehkeh. Gua syak ada yang baik berlaku selepas ini.. AMIN!

22 April, 2011

SMS


BerSMS dengan makwe boleh buat kita rasa dunia ini kita yang punya. Sampai 300+ dalam inbox pun kita tak sedar. Indah macam pelangi. Rasa macam Farid Kamil pun ada.

Tapi bila fikir fikir balik, rare juga bila makwe yang kita rancak berSMS tu bukan makwe kita. Tak dapat pun mesej I LOve You, I miss You..hahaha

Kool apa SMS makwe orang ye dok.

13 April, 2011

Balam


Gua buka
Gua belek
Gua fikir
Gua mencuka muka
Gua tutup kembali.


Lu untung, tak macam gua, walau lu tak hensem namun lu punya 'jiwa' lu sendiri.
Gua? Gua dah lupa apa peranan jiwa dalam kehidupan gua.

18 Mac, 2011

Malap


Disini tiada indah. Disini juga tiada tenang dan tiada wang. Di sini hanya ada maruah. Di sini juga sebenarnya ada harapan. Harapan untuk insan yang gagal. Harapan untuk insan yang tidak berjaya untuk kelihatan hebat.

Titik

07 Mac, 2011

Seluang


Ikan seluang pun kalau dibagi makan hari hari malas juga dia nak berenang, apatah lagi orang.
Gua kalau dapat ikan seluang time sekolah tadika dulu seronok bukan main. Dapat jual kepada kawan setadika dan kemudian dapat beli guli. Dapat tak apa gua nak sampaikan?

Apa? Tak dapat? Lu memang malang...