01 Mac, 2010

Bukan Buku Ally Iskandar


Sabtu lepas gua di JB kerana ada misi dan visi. Gua ke sana bukan main-main macam budak-budak bola yang pergi slovakia tempohari. Gua pergi kerana lambaian JB mengasyikkan dan sudah tentu kerana gua rindukan angin selat Tebrau.

Sambil layan angin selat Tebrau gua sempat menonton satu cerita yang gua sangat-sangat minat dengan aktor utamanya. Gua rasa lakonan gua lagi 79% nak sama dengan mamat ni. The Book of Eli, cerita berlatarkan pasca perang tahun 2043 di Amerika. Seorang mamat Hero bernama Eli cuba menghidupkan kembali pegangan manusia dengan menjadi pembawa Injil terakhir. Sedikit aksi dan bertema kehancuran dunia tanpa agama serta pegangan membuatkan Denzel sebagai Eli sangat-sangat hebat. Gua amat mengagumi Denzel yang pada pandangan gua seorang pelakon yang berkarakter serta excellent! Durasi 2 jam tayangan buat jiwa gua memberontak supaya film ini dipanjangkan lagi 45 menet. Denzel juga bertindak sebagai penerbit bagi film ini.

Selesai menonton film The Book of Eli ini,dapat gua buat kesimpulan bahawa:

1. Pasukan bolasepak Malaysia tidak akan menjulang piala dunia 2044.

2.Malaysia akan terus di perintah Rejim UMNO-BN sampai 2022.

3.Mahu menjadi artis di Malaysia mesti cantik dan fikiran harus seperti lembu cucuk hidung.

4.Anda akan kelihatan kool pakai Ray-Ban ori.

Perkara diatas adalah pandangan peribadi gua saja, pada yang terasa lebih baik pergi kursus kahwin dengan JAKIM.

5 ulasan:

pakkordi berkata...

part "rayban" tu gua percaya. Gua ada 2 ketol wayfarer.

Denzel memang artis yang gua follow. Memang gua plan nak tengok itu movie.

ape2 jer berkata...

rayban ori paling murah bape rege weh..ingat nk kumpul duit nk beli arr..nk nampak cool wkaka

fikiranlicin berkata...

ori.made in usa paling rare. made in italy xde kick. Gua prefer hugo boss.

pakkordi berkata...

Dalam 300-400 aje kut. Wayfarer gua beli dari kengkawan aje. Made in USA.

Satu colour "mock turtle" vintage (tarak tulis rayban kat tepi frame, cuma ada besi engsel tu saja). Satu lagi foldable colour matt black.

Memang gua sayang wayfarer gua wey.

darth mola-mola berkata...

emm..pa la nasib mola-mola 2027..