26 November, 2009

Kipas disyiling dan burung besi


Terbaring di ruang tamu aku yang besarnya macam lokap brickfield sambil menghadap syiling, mengundang persoalan dalam fikiran aku. Kemanakah halatuju negara ini menjalang 2020? Adakah ketika itu nanti kemajuan yang bakal dikecapi rakyat Malaysia bakal membuat kita semua hilang jatidiri kita? Aku harap tidak.

Kipas terus berpusing dan fikiran terus memproses lagi, kepalaku memberontak lagi dan terus terfikir tentang corak politik diMalaysia yang tak pernah benar ini.Hal-hal kecil selalu dibesarkan oleh sesebelah pihak bagi mengundang reaksi rakyat dan menjadikan itu sebagai peluang untuk menghentam pihak yang tak pernah setuju seperti aku. Aku harap ini tidak akan mengambil masa yang lama dan moga fajar 2020 memberi kita kekuatan untuk bersatu dan berkongsi fikiran agar kemajuan dan kemakmuran yang kita harapkan tercapai.

Kipas terus berpusing, untung jadi kipas, berpusing tanpa lelah, untung juga jadi kipas, bisa menerbangkan burung besi.

22 November, 2009

Separuh Gembira


Saat jari mengetak papan kekunci ini, masa berdetik kencang kurasa. Takut, resah, teruja berbaur menjadi satu.

Benar, aku kepingin yang itu. Ya, yang itu tidak ada dimana2 walau di dalam mimpi.

Aku harus berusaha lagi......

Aku ingin diam!

20 November, 2009

Hujan


Hujan terus turun, membersihkan apa jua isi dunia.
Aku seperti biasa, terus menerus menjalani hidupku yang bosan amat.
Politik agak basi padaku, aku perlu yang lain.
Aku perlu 'Hujan' didalam diri aku, ahhh alangkah indahnya jika basah lagi.

28 Oktober, 2009

Kerajaan Haram, Bajet Haram.


Siang tadi di Ipoh kerajaan Haram pimpinan si gelap Zambry telah meluluskan usul bajet 2010 untuk negeri Perak berdengung. Apa isi yang diluluskan aku tak mau tahu. Sebentar tadi di tv3, Zambry mengulas dan menyifatkan Adun Pakatan Rakyat hanya membuat kacau dan mahu meraih simpati. KHAKK PTUIIHHHH!!!!!!!!!! meluat aku mendengar ulasan si Zambry, sang menteri haram lagi syok sendiri itu... Haloo mamat, nak tau sapa yang kacau atau tidak senang, bubar DUN, segerakan pru negeri Perak dan keputusannya nanti akan menjadi penamat kepada krisis perak. Walau apa pun keputusan, aku rasa rakyat Perak terima.. Kalau rasa BN kuat, buktikan wahai Zambry, dan jangan cakap besar sahaja....DOBOH!

15 Oktober, 2009

Percayalah, kali ini betul-betul!


PUTRAJAYA 14 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha memenuhi kepuasan rakyat menjadi keutamaan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

"Setiap pemimpin ada stail masing-masing. Saya tidak tahulah apa stail yang orang lihat yang ada pada saya, tetapi saya sudah gariskan bahawa apa yang saya buat adalah untuk memenuhi kepuasan rakyat.

"Ini yang saya utamakan dalam gerak kerja yang saya akan lakukan," kata Najib yang juga Presiden UMNO semasa wawancara eksklusif dengan Bernama di pejabatnya sempena Perhimpunan Agung UMNO. Percayalah, ini adalah yang betul2. Najib memang piem kita yang kita tunggu2 selama ini. Memang beliau berusaha dan sedang berusaha membantu kita rakyat, memang beliau benar2 kali ini. Percayalah......wakakakakakakakakakakakkakakakakakakakakkakaka...