07 Disember, 2009

Kerana mu Zulikha

Semalam aku betul2 berada di depan Istana vitori di Campagna. Tegak aku dalam cuaca dingin gunung yang bertembung dengan angin lautan Mediterranian.

Selang 5 menet, pintu agam itu terbuka lalu muncul Zalea Mineron menghulurkan bunga segar yang mungkin baru di petik. " Silakan brutus, Ratu tak sabar menemuimu", Zalea tersenyum kecil melihat aku yang separuh kaku.

Langkah ku atur penuh yakin, sambil wangian seumpama bunga2 di tebing Babylon menusuk segar di pernafasanku. Aku semakin hampir di dewan yang penuh dengan pembesar.

"Brutus..", sapa Cleopatra yang sungguh cantik di singgahsana

"Sudikah kau mengahwini beta?"...

Aku hampir pengsan! Mataku terpejam.

Bila ku buka semula..Ahhhh...bangsat, aku kantoi lagi subuh.

26 November, 2009

Salam Pengorbanan


Esok wukuf di Arafah. Esok Hari Raya Qurban di sambut di seluruh dunia. Esok juga lembu,kambing,kuda,unta dan burung unta akan di korbankan.

Semoga Eid Adha kali ini memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada seluruh umat Islam seantero dunia.

Aku seperti biasa, berlebaran keseorangan lagi kesekian kalinya. Lemang beli dan roti telur menu raya aku di sini.Tiada lembu untuk di korbankan dan tiada rendang untuk dijamah.

Aku sudah biasa, raya atau tidak hidup mesti terus.

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR...ALLAH MAHA BESAR

Kipas disyiling dan burung besi


Terbaring di ruang tamu aku yang besarnya macam lokap brickfield sambil menghadap syiling, mengundang persoalan dalam fikiran aku. Kemanakah halatuju negara ini menjalang 2020? Adakah ketika itu nanti kemajuan yang bakal dikecapi rakyat Malaysia bakal membuat kita semua hilang jatidiri kita? Aku harap tidak.

Kipas terus berpusing dan fikiran terus memproses lagi, kepalaku memberontak lagi dan terus terfikir tentang corak politik diMalaysia yang tak pernah benar ini.Hal-hal kecil selalu dibesarkan oleh sesebelah pihak bagi mengundang reaksi rakyat dan menjadikan itu sebagai peluang untuk menghentam pihak yang tak pernah setuju seperti aku. Aku harap ini tidak akan mengambil masa yang lama dan moga fajar 2020 memberi kita kekuatan untuk bersatu dan berkongsi fikiran agar kemajuan dan kemakmuran yang kita harapkan tercapai.

Kipas terus berpusing, untung jadi kipas, berpusing tanpa lelah, untung juga jadi kipas, bisa menerbangkan burung besi.

22 November, 2009

Separuh Gembira


Saat jari mengetak papan kekunci ini, masa berdetik kencang kurasa. Takut, resah, teruja berbaur menjadi satu.

Benar, aku kepingin yang itu. Ya, yang itu tidak ada dimana2 walau di dalam mimpi.

Aku harus berusaha lagi......

Aku ingin diam!

20 November, 2009

Hujan


Hujan terus turun, membersihkan apa jua isi dunia.
Aku seperti biasa, terus menerus menjalani hidupku yang bosan amat.
Politik agak basi padaku, aku perlu yang lain.
Aku perlu 'Hujan' didalam diri aku, ahhh alangkah indahnya jika basah lagi.