05 April, 2009

Utusan Uwek..uwek...

ARKIB : 04/04/2009

Naib Presiden PPP isytihar keluar parti sertai PKR

04/04/2009 11:45pm

SUNGAI PETANI 4 April - Naib Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk V. Nadarajan mengisytiharkan keluar dari parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu ceramah yang turut dihadiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi PKR negeri, Johari Abdol berkata, kira-kira 6,000 ahli parti itu di Kedah turut mengikut jejak langkah Nadarajan. - Utusan- Hahahaha ......memang betul la, utusan MELOYA ni tahap kronik dah Loyanya ni....berita tengahari tadi mengatakan hanya gimik pembangkang, sudah2 memang benar apa yang dikatakan gimik itu...Sudahlah Utusan, masuk kan saje kedalam muzium.....

Utusan MELOYA

Gimik terbaru pembangkang di Bukit Selambau

04/04/2009 3:14pm

SUNGAI PETANI 4 April - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan terus membuat gimik politik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau antaranya, mengumumkan kemasukan ahli-ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) menyertai parti pembangkang itu.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalankan kempen di Bukit Selambau dijangka membuat pengumuman itu yang diuar-uarkan sebagai pendedahan tergempar.

Bagaimanapun para pemimpin tempatan termasuk dari PPP menolak dakwaan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti.

Menurut mereka, ia hanya sebagai gimik politik pembangkang yang semakin ketandusan bahan kempen berikutan peningkatan sokongan terhadap calon BN, Datuk S. Ganesan. - Utusan

Cuba tengok dan baca tahap pemikiran dan penulisan wartawan ini yang menyatakan kisah keluar parti adalah gimik pembangkang... sabar2....yang peliknya bagaimana media pro UMNO ni buat cerita? Tiada informer ke yang mampu beritahu perkara sebenar? Hahahahahaha LOyA tekak den...

30 Mac, 2009

PRK 059


Takbir...Takbir..Takbir..... Semoga dirahmati perjuangan sahabat-sahabatku di Bukit Gantang!!!!! Kuburkan terus parti 'karat' bangsa itu(UMno), sesungguhnya satu lagi kekalahan di PRK memberi isyarat paling jelas kami rakyat di Malaysia sudah menolak total Parti 'karat-karat' ini (Bn)....Ayuh rakan-rakanku di P059 Bukit Gantang, hancurkan 'kapal Najib ini', tunjukkan bahawa kita semua menolak Parti dan pemimpin yang KORUP.

20 Mac, 2009

Taubatlah ALI..


Harapan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno musnah apabila rayuannya ditolak oleh panel rayuan lembaga disiplin parti itu.

Panel tersebut yang bermesyuarat hari ini sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan larangan terhadap Mohd Ali untuk bertanding selepas didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Adoyai....politik wang=RASUAH...aku tanak memekak2,berlabun tak tentu pasal tetapi sebagai anak melayu yang islam aku nak pesan pada ALI RUSTAM, woi Ali, RASUAH tu haram...lu takkan tak tahu? Buat malu jadi menteri kalau disiasat dan didapati bersalah tapi masih nak pegang jawatan lagi...undur la Ali oi.......SPRM mana? Tido bawqh ketiak bik mama ka?

09 Mac, 2009

Menteri 'Paliaq'jaran


KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.> Woi isham kuyup, memang la ada pemimpin ini kerana mereka sayangkan bahasa dan negara mereka, bukan macam kamu yang ada kuasa tetapi menghancurkan bahasa sendiri dengan kuasa yang ada isham woi...Bangang tahap dewa punya mangkok! Pemimpin macam kamu ini yang menggadai negara dan bangsa kamu tahu tak? Tak sedar lagi tidak mengapa biar kami rakyat yang akan menghajar kamu diatas kebiadapan kamu dan kerajaan kamu yang memperkosa bahasa sendiri..sudahla...(mi spik no inglish)