17 Ogos, 2009

PAS vs UMNO


Hari ini adalah penamaan calon bagi pilihanraya Dun Permatang Pasir, Pulau Pinang. Berita mengesahkan bahawa ada pertandingan 2 penjuru diantara Calon Pas, Ustz Salleh Man ditentang oleh calon Umno-Bn Rohaizat Othman. Ramai pemerhati politik mengulas bahawa pilihanraya kecil ini adalah bayang-bayang kepada PRU-13 nanti kerana ini adalah titik tolak menilai samada sokongan rakyat khususnya kaum Melayu kepada PR masih teguh ataupun Umno yang berkokok mengatakan org Melayu telah kembali memberi undi kepada mereka, membuktikannya. Selepas kemenangan tipis PAS di Manik Urai tempohari, Umno seakan-akan mendapat kekuatan baru dan kembali yakin setelah tumpas dalam 5 pilihanraya kecil selepas PRU-12 yang lalu. Pilihanraya kecil Permatang Pasir akan berlangsung pada 25 Augustus ini.

11 Ogos, 2009

Lu pikir la sendiri....

Malas nak cerita mengenai Patung/Replika besar dewan kuil di Batu Caves. Semua rakyat boleh tengok terutama orang2 UMNO-BN dan cuba imbas tahun lalu apabila Replika DSAI turut dinaikkan di Batu Caves. Berbagai2 komen diterima terutama daripada pemuda UMNO Gombak dan Mufti perlis waktu itu, Dr Asri. SEkarang apabila patung Najis/Najib ditegakkan di depan KUIL diBatu Caves dimana bersembunyi 'munyit2 ini'? Pirahhhh....Najib nak ganti Dewa Murugan rasanya ni, kah..kah..kah...

01 Ogos, 2009

I.S.A, apa pilihan kita?


Cakap banyak tak mau....NAJIB! Mansuh segera akta dodol ini. Jangan jadi Piem yang bacul, penakut dan Haprak! 1 Augustus 2009 akan catat permulaan sejarah hitam kamu NAJIB! MANSUH ISA segera jika mahu generasi akan datang mengenangmu, atau pun teruskan dan kamu hanya akan jadi pieM penyendal pintu dapur...Ayuh rakan2, berjuang terus dan 1 Augustus titik mulanya.

18 Julai, 2009

ACTHUNG!

Perhatian semua rakyat Malaysia, sama ada diatas bukit, bawah curam mahupun dalam longkang, perhatikan logo diatas betul-betul dan maklumkan pada jiran anda, murid anda atau pada sesiapa sahaja bahawa logo diatas adalah logo sebuah kumpulan yang MAHAganas dan Sangat KEJAM. Modus Operandi mereka ialah menekan dan membunuh mana-mana pihak yang didapati berkhidmat untuk rakyat. Mangsa utama mereka ialah Wakil-wakil rakyat dan mereka yang menyokong PAKATAN RAKYAT! Awas, jika mahu selamat di dunia ini, sila isi borang UMNO,MIC,GERAKAN,MCA dsb lagi. Berita yang baru diterima juga, mereka adalah dikatakan komponen BN.... Diulangi, KOMPONEN BARISAN NASIONAL! sekian.

14 Julai, 2009

Kalah UMNO-BN Buat Kali Ke-6


KUALA KRAI 14 Julai - Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi. Agak menarik kekalahan ini terjadi setelah penduduk manik urai digula-gulakan dengan pelbagai janji oleh UMNO-BN selama hampir 2 minggu kempen. Juga amat menarik apabila peratusan yang keluar mengundi hampir 87%, sesuatu yang jarang berlaku apabila hari mengundi jatuh pada hari bekerja dan hampir 2000 pengundi luar tidak dapat pulang. Ini menunjukkan hampir semua penyokong PAS pada pilihanraya umum dahulu menyokong penuh dan tidak tergugat dengan 'rasuah' UMNO. Walau UMNO gembira dengan berjaya mengurangkan majoriti, tetapi hakikatnya penyokong PAS tidak pernah berubah walau ditaburi wang ringgit dan janji 'hampeh' UMNO. Syabas buat PAS dan PR diatas kemenangan ini dan walau berbagai cara dilakukan UMNO dan konco-konconya( SPR,PDRM,SPRM,TNB dsb) masih gagal memenangi hati pengundi. BUat UMNO-BN bersedialah untuk mengharungi plihanraya ke 13 nanti, dan waktu itu bersedia jua untuk diusir dari Putrajaya. Takbir!