17 Ogos, 2009

PAS vs UMNO


Hari ini adalah penamaan calon bagi pilihanraya Dun Permatang Pasir, Pulau Pinang. Berita mengesahkan bahawa ada pertandingan 2 penjuru diantara Calon Pas, Ustz Salleh Man ditentang oleh calon Umno-Bn Rohaizat Othman. Ramai pemerhati politik mengulas bahawa pilihanraya kecil ini adalah bayang-bayang kepada PRU-13 nanti kerana ini adalah titik tolak menilai samada sokongan rakyat khususnya kaum Melayu kepada PR masih teguh ataupun Umno yang berkokok mengatakan org Melayu telah kembali memberi undi kepada mereka, membuktikannya. Selepas kemenangan tipis PAS di Manik Urai tempohari, Umno seakan-akan mendapat kekuatan baru dan kembali yakin setelah tumpas dalam 5 pilihanraya kecil selepas PRU-12 yang lalu. Pilihanraya kecil Permatang Pasir akan berlangsung pada 25 Augustus ini.

Tiada ulasan: