14 Julai, 2009

Kalah UMNO-BN Buat Kali Ke-6


KUALA KRAI 14 Julai - Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi. Agak menarik kekalahan ini terjadi setelah penduduk manik urai digula-gulakan dengan pelbagai janji oleh UMNO-BN selama hampir 2 minggu kempen. Juga amat menarik apabila peratusan yang keluar mengundi hampir 87%, sesuatu yang jarang berlaku apabila hari mengundi jatuh pada hari bekerja dan hampir 2000 pengundi luar tidak dapat pulang. Ini menunjukkan hampir semua penyokong PAS pada pilihanraya umum dahulu menyokong penuh dan tidak tergugat dengan 'rasuah' UMNO. Walau UMNO gembira dengan berjaya mengurangkan majoriti, tetapi hakikatnya penyokong PAS tidak pernah berubah walau ditaburi wang ringgit dan janji 'hampeh' UMNO. Syabas buat PAS dan PR diatas kemenangan ini dan walau berbagai cara dilakukan UMNO dan konco-konconya( SPR,PDRM,SPRM,TNB dsb) masih gagal memenangi hati pengundi. BUat UMNO-BN bersedialah untuk mengharungi plihanraya ke 13 nanti, dan waktu itu bersedia jua untuk diusir dari Putrajaya. Takbir!

Tiada ulasan: