13 Julai, 2009

Rasuah Lagi?

KUALA KRAI 12 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan untuk melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, seiring dengan perancangan memajukan pertanian secara komersial itu, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh Barisan Nasional (BN) termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.

Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini. > HOhO... Inilah dinamakan RASUAH! (SPRM tolong dengar) Se'ekor Timbalan PM Malaysia secara terang terangan cuba merasuah para2 pengundi di Manik Urai dengan sebuah jambatan RM7juta (guna duit siapa?). Pastinya menggunakan dana kita semua rakyat MALAYSIA hasil berbagai2 sumbangan cukai dan sebagainya dan sebagai RAkyat yang benci dengan rasuah2 begini menjelang pilihanraya mendesak SPRM menyisat kes rasuah terbesar ini. Banyak lagi kalau mahu disenaraikan 'Rasuah-rasuah' yang dilakukan waktu pilihanraya oleh BN-UMNO kepada rakyat, dan rakyat semua harus berfikir , berapa banyakkah lagi wang2 dan harta rakyat yang dilacurkan oleh rejim BN ini?

Tiada ulasan: