20 Julai, 2010

Penat


Masa memandu memang tepat masa untuk berkhayal. Gua tak tipu dan gua rasa hampir 77% pemandu di Malaysia bersetuju dengan gua. Tak kira stail memandu yang bagaimana dan apa yang kita semua pandu, otak dan fikiran di jamin bukan nak fokus sangat.

Waktu gua naik monorel yang mana drivernya kita semua boleh nampak, gua terperasan satu kali yang mamat tu senyum sendiri. Nasib la drive monorel ni tak susah sangat, cuma nak jaga brek dan lampu hijau sahaja. Gua ingat cuma bos bos yang stail duduk belakang je kurang berkhayal sebab mereka kebanyakan berfikir macamana nak lagi kaya dan maju. Drebar depan tu pun khayal juga gua rasa. Biasa.

Pernah satu masa dulu gua khayal waktu memandu ke Penang dari K.L. Gua khayal tentang Hollywood dan hasilnya ngam ngam kereta gua pusing hala ke K.L semula d tengah tengah lebuhraya. Nasib taim pagi kenderaan tak ada sangat kalau tidak dah aruah gua.

Masa memandu agak agak apa yang best di khayalkan ye?
Gua suka khayal ada awek disebelah, boleh gak teman borak borak. Serius, gua selalu buat benda ni. Semangat sikit ye tak?

4 ulasan:

DaGreat is here ? berkata...

hahaha . gua penah try . nasib baik tak langgar kancil pny .

ape2 jer berkata...

sy suka nyanyi2..ok berangan pun..ngaku gak la hehe

meor-name-depan-ku berkata...

main tangan pun penat jugak

darth mola-mola berkata...

aaaa...uhhh......aaa...(nak bercakap tak larat)