19 Januari, 2010

(apa cerita) bunga seri pagi


Malam ni sejuk lepas hujan lebat tadi petang. Balik rumah aku pecah pintu sebab kunci cicir dalam tren tadi. Penat pecah pintu aku jerang air dan bancuh Milo.

Milo, minuman coklat malt yang aku pasti hasil ciptaan penjajah.Tin hijau diluar beserta serbuk coklat didalam pasti sudah ramai menjadi mangsa diebetis hasil peminuman tegar serbuk yang dibancuh dengan susu ini.

"Minum Milo anda jadi sihat dan kuat,".. lagi lelocon yang dijadikan cogankata iklan menatang Milo ini. Dengan 4 sudu milo dan suku susu pekat manis aku tuang dalam mug berlogo pasukan bolasepak Belanda ini, aku kacau dengan garfu. Harapan agar susu dan Milo bercerai cepat dalam air.

Yakin aku masukkan 5 ketul ais batu kedalam mug. Kubiar sejuk seketika sambil aku baca blog sokernet.

Okey, Milo dah agak suam sejuk aku telan 'one shot' sahaja.Milo habis tinggal sisa dan aku senyum sambil otak dan hati kecil bersahut-sahut, "mat...ko kene jajah dowh..."

Gampang!

P/s: tiada kene mengena tajuk diatas dengan entri. (blog aku suka aku la)

1 ulasan:

pakkordi berkata...

Holland menang wcup tahun ni bro. Simpan mug tu baik2.