04 Februari, 2009

Dun mungkin bubar,peluang selam mereka!

Suasana politik yang gempar akhir2 ini membuat ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku. Bagi aku, ini adalah kemuncak kepada kebangkitan rakyat yang bertahun mimpikan perubahan iklim politik negara kita yang tercinta ini. Lewat hari ini, terdengar desas-desus mengatakan,Perak-negeri pakatan rakyat, akan membubarkan Dun untuk memberi laluan kepada Pilihan raya kecil diadakan. Ini susulan kepada cadangan dan kehendak rakyat supaya negeri Perak perlu mendapat satu kerajaan yang kuat dan stabil.-  Nah, inilah peluang keemasan bagi rakyat perak untuk memberi mandat lebih besar kepada pakatan rakyat. Aku yakin dengan pembubaran ini satu mesej yang jelas akan dihantar seluruh rakyat Perak kepada barisan kepimpinan Najib dahi licin bahawa BN-UmnO-Mic-Mca-Ppp-Gerakan ditolak total! Pastikan Perak menjadi pencetus kebangkitan Rakyat secara total,dan kali ini terus campak mereka2 ini kedasar sungai Perak! Lawan terus lawan, biar putih tulang, jangan licin dahi!

16 ulasan:

amieiezam berkata...

belum tentu bro, ramai jugak yang dah jelak dengan boneka MB lembu PAS.

apa cerita, kata semalam kerajaan negeri masih stabil tetapi sekarang?

kenapa pulak jadi begitu? bukan kah lompatan itu demokrasi...kena dahi sendiri...menjerit melalut setengah mati....

licin sungguh! kalau jatuh....apa yang jadi

p/s kalaupun PR menqang jangan harap la nizar nak naik lagi!!!

fikiranlicin berkata...

Nizar hanya pemegang amanah, beliau tidak minta atau merasuah untuk jawatannya, macam saudara jua, ikhlas mendidik ank2 malaysia bukan? Kalau Pr menang dan perintah seluruh Malaysia, InsyaALlah, guru2, polis, tentera etc akan lebih dari sekarang....Takbir

amieiezam berkata...

saudara,

persoalanya mudah....adakah nizar MB pilihan EXCO? jawapan nye tidak!yang pasti nizar juga bukan pilihan rakyat...

adakah Nizar punya kredibiliti? jawapanya tidak! kalau dia punyai kredibiliti tak mungkin ada undi tidak percaya keatasnya.

kenapa masih tak faham mainan politik di perak...mungkin licin bukan anak jati perak...licin tak rasa apa yang rakyat melayu islam perak rasa....islam di pijak injak dan melayu dihina layu.

sila rujuk sidang akhbar RTM...mana pejuang melayu bersama nizar? hampir tiada saudara...yang berkopiah hanya YB muallaf...

wallahualam....semoga kita mampu berdiskusi dengan aman sekalipun fakta yg mungkin masing2 ragukan.

p/s saya dah cukup bersyukur dengan apa yang saya dapat drpd BN Alhamdulillah

fikiranlicin berkata...

Nizar bukan pilihan rakyat? tak mungkin dia menjadi DUN pasir panjang yang tradisinya BN-Mic. Nizar perkenan Sultan Perak, tidak seperti Idris dan Shahidan dari UMno yang dipilih party tp ditolak Sultan...Mengapa? 'cikgu' mesti boleh berfikir....Baguslah bersyukur dgn apa yang saudara dapat, kerana saya percaya 'kesyukuran' saudara itu yang akan menyedarkan saudara nanti...

amieiezam berkata...

awani...BN akan umum tubuh kerajaan negeri baru

alhamdulillah

amieiezam berkata...

rakyat perak bukan hanya di dun pasir panjang licin..beliau dipilih YB tapi takkan lupa punyalah payah nak jadi MB, kita buat sikit analisis dalam PR berapa Yb melayu dan dalam BN pula berapa? YB melayu lebih banyak dalam BN. maka dengan itu majoriti melayu memilih melayu UMNO sebagai pemimpin. nizar hanya bernasib baik duduk dlm pakatan yang ketandusan pemimpin melayu dan kelihatan nizar paling berkelayakan.. kalau takder undang2 tubuh kerajaan negeri, dan kalau ikut DAP malysian malaysia dh tentu MB perak YB ngeh.

Sultan perkenan pun amik masa yang lama bukan terus angguk!

tak mesti apa yg berlaku di terengganu dan perlis sama dengan di perak!

fikiranlicin berkata...

akhirnya BN menelan juga kata2 nista mereka bila anwar nk tubuh kerajaan berdasarkan lompat2 parti...Nah bukti kerajaan lompat2 tajaan BN...>Perak....Bagus2...terserlah lagi kemomokan BN-UMNo, 2 adun rasuah pun kutip jua...Hampeh!

amieiezam berkata...

saudara licin.

Anwarlah pertualang di belakang semua lompatan-lompatan yang berlaku. Peristiwa kejatuhan PBS di sabah adalah tindakan licik ANwar Ibrahim.

apa yang dikatakan anwar hanya strategi politik, beliau mengumpan dan cuba menimbulkan konflik dalam kem BN. dan mujur tiada MP BN yang melatah, kerana kalau melatah kita sudah tentu dipimpin kerajaan pusat KATAK!

dan di Perak, Anwar yang terlebih dahulu membidak caturnya. apabil;a yb nasa berpindah bukan main riang anwar begitu juga saudara sehingga saudara memaklumkan bahawa dato nasa sudah sedar dan tindakan lompat parti itu adalah tindakan terpuji, sebagai mana yang dikatakan YB pencen Nizar "tindakan terpuji"...maka kenapa apabila terkena batang hidung sendiri maka segala caci maki terarah kepada BN. Harus saudara ingat mereka bukan di dalam UMNO mahupun BN. Mereka adalah YB bebas!!! tak punya parti!

yang pasti ludahan licin di telan sendiri...

salam perjuangan, namun masih belum ada hitam putih bahawa UMNO yang akan memerintah kerana keputusan terletak pada kebijaksanaan duli tuanku sultan azlan shah.

andai kata BN pilihan tuanku masihkah licin mahu sanggah? andai itu tindakan licin...maka ia tak menggambarkan betapa melayu amat sayang akan rajanya.

wallahualam

alhamdulillah

fikiranlicin berkata...

saudara 'cikgu' rasa yang kerajaan bakal ditubuhkan Najib (mungkin esok) adalah kerajaan yang kuat dan stabil? jika hari ini kerajaan PR tumbang dengan cara lompat ini, bolehkah saudara yakin yang tiada lagi kejutan selepas ini? Tuanku pasti memikirkan semasaknya, kita tunggu saja esok hari....

amieiezam berkata...

ya betul, tapi cukuplah hati raja melayu itu di hancur lebur.

hari ini sahaja Nizar dah membelakangkan tuanku apabila berkata dengan kuasa yang ada padanya "DUN perak dibubarkan" sedangkan itu bukan peruntukan undang2 utk perdana menteri.

ya, amat tidak stabil kerajaan yang dibentuk tetapi inilah respons dan kebenaranya bahawa nizar adalah kuda tunggangan DAP.

andai benar PR mahu rakyat yang buat keputusan!!! bukan petang tadi patutnya x-MB amik keputusan bubarkan DUN,ini hanya setelah terdesak dan mendapat khabar 3 bebas dan 1 rujuk baru mandat nak dipulangkan kepada rakyat..ternyata setelah terdesak baru bertindak.

wallahualam, apakata kita tunggu apa titah tuanku sultan azlan shah esok...teman juga sependapat dengan licin Paduka Seri Tuanku pastinya bijak memilih...Insyaallah

Tanpa Nama berkata...

Mudah2an BN menang. PAS & PKR cuma boneka DAP. Kita perlu terima hakikat bahawa DAP yg mainkan boneka (PAS & PKR)
View Profile: Rantong

amieiezam berkata...

licin,

kerajaan negeri perak masih pemerintah lama...jangan la marah sangat. Hanya setelah tuanku buat keputusan barulah suasana politik akan berubah.

sekiranya tuanku perkenan bubarkan DUN maka perak akan punyai pilihanrayanya sendiri.

dan sekiranya tuanku perkenan kerajaan negeri yang baru maka MB nizar perlu melepaskan jawatanya.

takkan DAP nak diam...mereka tak kisah robek hati raja!

Tanpa Nama berkata...

tak nampak ker?? mmg terang2 yang PKR tuh macam lembu, kene tarik idung, bukak ah mater lebor sket, ni mater terbukak lebar, tapi taik mate masih melekat kat mate, BN akaqn kuasai PERAK semula, huh!





**jangan ah ingat semua orang yg kerja kerajaan tu BN ek. Sajer nak kasitahu!!!!

amieiezam berkata...

PENGKHIANAT DAN DERHAKA!!!

fikiranlicin berkata...

tiada siapa yang derhaka. kami dipakatan cuma ingin meminta sedikit belas ikhsan dari Sultan yg dikasihi sambil menunjukan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan kami yang cuba dirompak dari kami. kami cuma meminta supaya pembubaran Dun dan PRK diadakan, itu saja. Bukan mahu melancarkan serangan....SEdarlah, kami bukan penderhaka, kami cuma pendukung perlembagaan undang2 tubuh negeri dan menyelamatkan sultan kami dari diperkotak-katik oleh BN laknatullah! itu saja!

amieiezam berkata...

DAH KELUAR KENYATAAN "MOHON DERHAKA" PUN LICIN KATA TAK DERHAKA LAGI? BAWA2 LA NENGOK DI BLOG PERISIK RAKYAT MACAMANA DULI TUANKU DIHINA DI NISTA....

ADAKAH LICIN INGAT TUANKU SULTAN AZLAN TAK TAU PERLEMBAGAAN? UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK DAH JELAS MENYATAKAN KUASA PEMUTUS DITANGAN SULTAN....APA GUNA DIGUNAKAN PERKATAAN MOHON PERKENAN? KALAU TUANKU TAK PERKENAN.. APAKAH ITU KITA TAFSIRKAN MELANGGAR

LICIN, EPISOD MELOMPAT...ANWAR MULAKAN

EPISOD MELANGGAR PERLEMBAGAAN NIZAR YANG MULAKAN....SETELAH MEMBUBAR DEWAN SEBELUM PERKENAN TUANKU!!!

WALLAHUALAM...ADIK LICIN!