31 Disember, 2010

Hidup Dalam Loca


SElamat Tinggal 2010.
Selamat Hadir 2011.

Gua harap tahun baru ini gua dapat angkat Lancer sebijik. Lancer yang betul betul Mitshubishi punya, bukan peroton. Harap Maklum.

29 Disember, 2010

Jangan Tidur Lagi


Cilake. Nampaknya ketidak seimbangan kehidupan gua berlarutan hingga jam 6am. Lu tau tak yang gua hanya sempat tidur 2 jam? Manusia jenis apa gua ini apabila diberi Tuhan 24jam tapi hanya mampu tidur 2 jam?

Nampak sangat gua kena jumpa bomoh tidur... Lu orang ada kenal bomoh tidur tak?

24 Disember, 2010

Dua Baris Sahaja


Dalam kegilaan dan kepantasan hidup masakini, ada benda yang perlahan.

###

Hati dan perasaan. Gampang!

07 Disember, 2010

Amarah


Gua takde mood nak menulis. Nafsu gua pada keyboard dah jalan jauh jauh.. Gua capai plastik, gua tenung tin hijau... Gua nak buat tempoyak dari bahan kimia kejap, ok chow...

13 November, 2010

Gua pun tak faham gua , inikan pulak lu orang


Gua macam biasa. Hidup kucar kacir macam gini bukanlah cita cita dari kecik. Tapi gua bersyukur juga gua tak lahir di Bosnia mahupun Palestine. Ye lah, payah juga nak menghadap gas pemedih mata dari yahudi ye dok..

Timing tahun lahir gua tak kena feng shui gamaknya yang buat gua tersasar dari jalan yang benar (kalau ada jalan yang benarlah)
Ok sebab dah lama gua tak melongok depan pc ni so gua nak merapu lebih sikit.

Ramai juga follower gua (11 je pun) yang berlaga bahu tak bertegur sebab tak jelas siapa gua sebenarnya. Kadang kadang terbit juga perasaan nak muncul di permukaan supaya boleh dapat Teh free next time kalau berlaga bahu tetapi gua tetap simpan kemas kemas kerana gua bukan celebriti pujaan yang mahu dikenali pun. Gua hanya superhero biasa yang kadang kadang naik tren dan Bas. Takde duit gua naik Kereta atau motor saje.

Yes, gua sedang mencari belahan jiwa dan itu tujuan gua sembunyi supaya nanti mudah buat ambush.. kahkahkah.

Ok gua merapu sambil jeling Botol Jack D separuh penuh yang gua smagel semalam. Lu orang ingat senang nak smagel Botol keluar Kelab?

Nanti nanti la gua taubat ok.. hahahaha..