Memaparkan catatan dengan label gua pun tak paham gua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gua pun tak paham gua. Papar semua catatan

05 Mei, 2011

Gua dan Makwe Makanan


Gua ingat ingat dulu gua into scene makwe. Dalam ramai ramai makwe yang gua pernah ada, ada beberapa yang sangat suka makan. Kira suka makanan yang gua jarang makan. Gua kalau bab makan ni susah sikit nak sangkut. Maklumlah gua ni jenis memilih. Makwe makwe gua pula yang suka makan terdiri dari makwe K.L, makwe Kedah dan makwe Johor.

Makwe K.L gua suka makan steamboat dan lepak kopitiam. Sampai ada masa gua lepak satu kopitiam sampai kena halau sebab kopitiam tu dah nak tutup. Punya la padu makwe gua punya penangan lepak. Mamak waktu tu tak into sangat, teh tarik rasa jari katanya. Gua angguk menurut sahaja. Jenis respek makwe. Makwe K.L gua ni pekena steambot di restoran. Tepi jalan tak main katanya, tak kelas. Restoran punya steamboat memang pernah cecah ratus ratus . Ini memang potong. Makwe K.L tinggalkan gua kerana dia dapat pakwe yang bajet bagus. Pakwe western hidung terengganu. Gua bersyukur walau hati menangis. Macam babi.

Makwe kedah gua adalah makwe paling sempoi. Dia tak kisah kat mana kami punya port makan semasa dating. Mamak, restoran makanan segera, gerai tepi longkang, pendek kata asal sedap saja kami pun balun. Tapi seingat gua, makwe kedah la kuat mengajar gua layan Charkuetiau. Sampai hari ini Charkuetiau jadi antara faveret alas tekak dan perut gua. Terima kasih untuk Charkuetiau dan memori kita makwe kedah, walau gua terpaksa tinggalkan lu untuk kehidupan lu yang lebih baik dan tak lupa kirim salam gua pada papa lu yang bergelar Datuk H itu ok.

Lu pernah rasa ayam penyek dan laksa paling fakap dalam keluarga laksa? Dua benda ini la yang makwe Johor gua ajar. Gua peminat laksa, tetapi laksa berlemak macam laksa Johor buat semangat gua sedikit hilang kepada laksa. Tak in langsung dengan tekak. Namun apa kan daya demi menjaga hati beliau ketika itu gua gagahkan menelan. Di Johor baharu, port ayam penyek terlazat ada banyak versi. Ada yang kata di skudai, di Bandar baru Uda dan macam macam lagi. Bagi gua, ayam penyek versi babomm adalah di depan Hotel New York di Jalan Dato Abdullah Tahir. Dia punya Nasi ayam penyek memang out of the world. Terima kasih Makwe JB kerana ajar gua makan ayam penyek stail art. Sebab banyak sangat pengaruh Singapore gua jadi bermasalah sama makwe JB. Gua jenis patriotik jadi gua terpaksa break-up dengan lu. Gua minta maaf dunia akhirat ok.

Sekarang? Gua solo. Gua tengah intai intai makwe scene apa yang meletup masakini. Gua harap ada makwe scene Rambutan sama Keropok Lekor mendarat di hati gua. Gua akan usahakan. Amacam?

13 November, 2010

Gua pun tak faham gua , inikan pulak lu orang


Gua macam biasa. Hidup kucar kacir macam gini bukanlah cita cita dari kecik. Tapi gua bersyukur juga gua tak lahir di Bosnia mahupun Palestine. Ye lah, payah juga nak menghadap gas pemedih mata dari yahudi ye dok..

Timing tahun lahir gua tak kena feng shui gamaknya yang buat gua tersasar dari jalan yang benar (kalau ada jalan yang benarlah)
Ok sebab dah lama gua tak melongok depan pc ni so gua nak merapu lebih sikit.

Ramai juga follower gua (11 je pun) yang berlaga bahu tak bertegur sebab tak jelas siapa gua sebenarnya. Kadang kadang terbit juga perasaan nak muncul di permukaan supaya boleh dapat Teh free next time kalau berlaga bahu tetapi gua tetap simpan kemas kemas kerana gua bukan celebriti pujaan yang mahu dikenali pun. Gua hanya superhero biasa yang kadang kadang naik tren dan Bas. Takde duit gua naik Kereta atau motor saje.

Yes, gua sedang mencari belahan jiwa dan itu tujuan gua sembunyi supaya nanti mudah buat ambush.. kahkahkah.

Ok gua merapu sambil jeling Botol Jack D separuh penuh yang gua smagel semalam. Lu orang ingat senang nak smagel Botol keluar Kelab?

Nanti nanti la gua taubat ok.. hahahaha..