Memaparkan catatan dengan label gani 4tahil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gani 4tahil. Papar semua catatan

16 Mei, 2011

Sang Penyelamat


Kan ku bawa kau pergi jauh dalam hatiku..

Indah memang indah.Gua kasi tajuk dan sebaris saja dari apa yang gua tahu. Dalam kondisi gua yang tak berapa benar lately, gua cuba menggagah diri untuk terus melangkah. Hidup mesti terus selagi hayat di kandung badan . Gua kecewa dengan kehidupan. Semua yang kita rancang pasti tidak akan kita capai secara total. Bagi gua pula semua yang gua rancang, semuanya gagal.

Gua rasa gua harus hidu bau Sejadah lima kali sehari kurang kurang dan gua harap lutut dan dahi gua masih ngam dengan lantai.

08 September, 2009

Lembu-lembu Yang Hilang


Pada hari ini diberitakan jabatan peguam negara dan polis bertebaran seluruh Malaysia kerana mencari 'lembu-lembu ' yang hilang selepas kekecohan memijak kepala saudara mereka di Shah Alam tempohari. "lembu-lembu' ini akan didakwa (bila agaknya tu) kerana dikatatan menghina saudara seekor mereka apabila berdemo di depan SUK selangor. Ini adalah salah kerana kerja lembu makan rumput dan disembelih bukan berdemo, dan kerana itu Jabatan Peguam negara ( ini pun lembu gak kot) akan mendakwa 'lembu-lembu' ini. Peguam negara(spesis lembu susu) menyatakan 'lembu-lembu' akan didakwa secepat mungkin. Persoalannya mampukah 'lembu-lembu' ini didakwa kerana yang ingin mendakwa juga adalah seekor 'lembu'.