23 Mei, 2011

GDSM


Cerita ini agak basi. Berlalu dalam beberapa hari lepas. Tapi gua leka sampai lalai nak menulis dalam blog ini.
Gua dapat SMS yang agak comel dari makwe orang. Ini kes sebab makwe orang dapat batuk batuk akibat cuaca yang tak menentu di Meleisia ini.

" aduh mcm mne n? da mkn ubt bru tbce gncng dlu sblm mkn.."- sms dari makwe org.

" aduh macamana ni? dah makan ubat baru terbaca goncang dulu sebelum makan", -translate dalam bahasa biasa dari gua.

Gua ketawa sambil tahan tahan kerana gua berada di tempat awam dan tak mahu kelihatan gila bila ketawa sendirian bila membaca sms diatas. Situasi sangat cute kerana makwe orang memang betul betul gelabah sebab tak goncang ubat sebelum minum. Makwe orang juga jenis tak suka makan ubat rupanya.

Makwe orang, kegelabahanmu tempoh hari amat cute. Its super Fuuuuuuuuuuuu bagi gua. Apa orang lain punya pendapat pula, gua tak mahu tahu.


Tiada ulasan: