12 April, 2010

Samad Dialam Fantasi


Samad, abang sulung kepada siti gemar berbasikal tanpa baju. Walau sudah lewat 20an, Samad masih tegar berfikiran seperti kanak-kanak tadika. Zahirnya Samad memang segak, berbadan sasa, kulit gelap ala-ala will smith,basikal handel tinggi, merendah diri dan terlalu menghormati sesama manusia juga haiwan.

Pada suatu petang, sedang Samad berbasikal seorang diri dengan kelajuan 23kmj beliau disapa seorang tua. Samad lantas membrek basikalnya. Serta merta basikal menjadi statik hasil dari disc brembo yang Samad cilok dari sebuah Gen-2. Orang tua tersebut berwajah amat garang dan bengis namun itu tidak sedikit menakutkan Samad. "Apa lu mau orang tua?", Samad dengan kurang ajar betanya. "Kapow," peratanyaan Samad dibalas dengan tumbukan padu dirusuk kiri.
"Kurang ajar punya budak,"orang tua tersebut membentak dengan nada keras ala-ala Ramli Sarip.
Berdarah hidung Samad walau dada yang ditumbuk namun hidung yang sakit lagi pedih. Samad bangun dan bersedia dengan kuda-kuda silat gayung yang dipelajari dari buku silat berharga 20sen. Orang Tua terus merenung tajam sambil mengangkat jari menuding tepat ke kepala Samad. "Zassss...," satu cahaya keluar dari jari terus menuju tepat ke kepala Samad. Samad menggelupar seperti ayam di sembelih dan terus bergolek-golek di atas tanah yang berdebu.Keadaan amat hening dan mengharukan....

BERSAMBUNG.....

7 ulasan:

Holden Caulfield berkata...

lu stoned ke?gua nak gak tulis cerita surreal fantasi budak kecik lepas sepam dua ni nanti.

fikiranlicin berkata...

aha..lu try. gua yakin lu boleh.

Holden Caulfield berkata...

yakin boleh rakan muda ke belia 4b beb?kah kah kah!

darth mola-mola berkata...

gua suka basikal samad..

fikiranlicin berkata...

belia2 ni gua tak main. cumanya tag line yakin boleh ni ada sikit kuasa penaik dia.

basikal samad hendel sambung batang paip.

Miss ... berkata...

ha cpt ckit sambung ape jadi kat samad mati ka

pakkordi berkata...

Watak samad memang sesuai untuk brad pitt. Gila gila ala remaja.

Please proceed.