06 April, 2010

Gua dan Melayu

Gua ada masalah jatidiri kemelayuan. Itu cukup menggambarkan situasi kehidupan seorang gua. Semua bermula seawal pagi terus berlarut hingga lewat malam. Gua rasa semua orang mengalami perkara seumpama ini.

Bangun pagi, buka mata tuju bilik air capai berus gigi terus letak COLGATE. Selesai memberus lebih kurang kumur dengan LISTERINE. Setel bab mulut. Buka pili, air cecah badan lebih kurang gua capai body shampoo THIERY MUGLER. Badan gua wangi cukup gua bilas air.Setel bab badan. Urut-urut muka dicermin gua sapu GARNIER Oil control. Bab muka pulak setel. Lap badan keluar bilik air sambil bersiul lagu Oasis. Jiran gua jeling, gua balas dengan senyum manis. Setel pula bab kejiranan.

Hari minggu bila mandi awal tandanya mau keluar. Gua sarung celana WEBBER AHAUS biru gelap gua. Kacak bila badan gua ditutup dengan SUPERDRY OSAKA. Capai hi-cut REEBOK ROLAND BERRY, sarung sambil gigit kunci kereta TOYOTA gua. Dressup macam ni gua nampak muda 6 tahun. Hahaha. Ada peluang ayat student Taylor college macam ni, hati gua berbisik.

Nyala api DUNHILL sambil panas enjin kereta memang indah. Layan hitz.fm terus tangkap lagu Timbalan feat katy perry. Pehh.. nama macam kasut dan brand uk. klasik. Memandu lebih kurang sampai port lepak tunggu member sambil hirup MOCHA STARBUCK yang sedap. Lupa teh tarik ameer ehsan kejap. Kelas. Member sampai, join sembang kencang lebih kurang terus tuju GSC di shopping mall yang ada jual bran PRADA dan TODS. Bergaya.

###############

Setel menonton film CLASH OF TITAN terus tuju TONY ROMAS, pekena steak mahal-mahal. Bruuupp kenyang tersandar. Fikiran slippery terus sambil usha kasut minah saleh yang lintas.Hebat.

Gua catat lebih kurang sebab gua cuma highligt yang itu-itu saja.
OK.. masalahnya dalam kehidupan gua seharian gua dah lupa apa itu belacan.
Gua rasa gua capai tahap AL-PAcino lagi 2 tahun.
Gua tak rasa gua melayu walau hidung dan kaki gua melayu.
Gua tak rasa gua cukup Melayu walau gua menulis dalam rumi melayu.

PERKASA bukan option masa ini. Maaf.

4 ulasan:

pakkordi berkata...

Gua pakai selipar crocs tapi selalunya gua pakai kasut capal kaler putih. Kerana capal, takkan melayu hilang didunia.

shazalisme berkata...

clash of titan besh x?

fikiranlicin berkata...

owh sangat biase. 3 dari 5

mola-mola berkata...

aku suka mkn sushi..