Memaparkan catatan dengan label cinta mati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta mati. Papar semua catatan

26 Januari, 2012

2012 Hidup Jalan Terus


Sepanjang hidup manusia, ramai yang mimpikan keadaan lebih baik dari kehidupan yang mereka punyai sekarang. Yang miskin mahu kaya, yang kaya mahu lagi kaya, yang berkuasa mahu berkuasa sampai mati dan yang gila mahu lebih gila.
Sebagai manusia, aku juga sama. Mahu yang terbaik dalam diri sendiri dan tak lupa diri mereka yang dekat dengan hidup aku. Ianya lebih dari menyimpan bulu burung didalam buku dan hidup ini sebenarnya lebih dari sekadar coklat didalam kotak.

Kamu tak boleh menilai orang hanya dari kasut. Tak boleh.

Ah, hidup boleh bertukar bila dapat SmS... SmS dari seorang yang no satu dalam hati kita...Real!

24 November, 2011

8 Tahun Mendendang Cinta


Hidup memang gila. Kita tahu kita menyintai seseorang namun ada beberapa perkara yang menghalang ianya dari terjadi. Samada kita takut atau kita sengaja menyimpannya untuk cuba menghormati sesuatu yang secara kita tidak sedar telah menghanyutkan kita untuk mendapatkan cinta itu.

Dalam tempoh begitu kita takut, takut dan terus tidak berani. Sekadar menyedapkan hati, ungkapan cinta tak semestinya bersatu terus kita ulang di dalam hati supaya rasa itu tidak membebankan.

Cemburu, sedih dan menjadi seorang yang tewas bercampur baur dalam jalur waktu yang lama dan kian menggila, hinggalah peluang tiba dan pantas menggapainya sambil berharap kita dapat berpaut dahan cinta itu selamanya.

Persoalannya, adakah cinta yang hampir 8 tahun didendangkan ini bakal temui titik penamat hujungnya? Atau ianya hanya mimpi yang pantas hilang bila embun mula mengering...

15 November, 2011

Hati ke Hati


Salam malam.
malam menjanjikan tidur yang indah. aku sering mendambakan malam.
malam juga memberi aku seribu inspirasi untuk hadapi hari esok.
malam juga memberi aku angin. angin yang sangat indah bila ia menyapa muka.

malam juga memberi aku Cinta untuk 24jam seterusnya

Terima kasih Malam.