Memaparkan catatan dengan label c4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label c4. Papar semua catatan

09 Oktober, 2010

Sesuatu yang tertunda


Sesungguhnya kalau menulis didalam gelap mendapat bencana, gua yakin yang lama dulu gua sudah mati.

Mati rasa. Mati semua.

Semakin dekat dengan mati gua rasa gua tak perlu banyak berbicara. Hujung jari juga perlu dijaga agar bisa menolong nanti.

Gua rasa gua tak lama. Tak lama lagi.

01 November, 2008

Razak(dibaca Najib) lega



Mahkamah bebaskan Razak Baginda
Oct 31, 08 10:12am
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.-malaysiakini
Cukup setakat itu aku membaca berita itu...Sebahagian besar kita mengetahui siapa dan apa kes yang telah hampir memasuki 2tahun dimahkamah ini. Bertahun kita mengharap ada kekusutan, ada kebenaran yang akan terungkai, tetapi semakin jelek apabila kes ini berlanjutan.Kes ini makin 'hot' apabila penyiasat persendirian Balasundram membuat akuan bersumpah tentang kebenaran bahawa Datuk seri Najib terlibat dan mengenali Al-tantuya ini. Akhirnya setelah menarik kembali akuan tersebut(sesudah sehari) Bala hilang entah kemana. Umum yang mengenali Razak Baginda pasti tidak dapat menolak bahawa Najib turut terbabit didalam perkara ini(jika tdk terlibat, setidaknya menjadi saksi) namun nama Najib langsung tidak disebut(Najib bersumpah di permatang pauh bahawa tidak mengenali Altantuya). Kes berprofil tinggi ini sudah pasti semua dapat menebrak kesudahannya.............Razak bebas,Azilah bebas,Sirul bebas..... Najib bebas........yang tak bebas adalah sistem kehakiman kita dan kita sendiri.