18 Februari, 2011

Gua sedar siapalah gua


Lately gua mula rasa kesunyian. Gua banyak habiskan masa mengelamun sendiri. Gua banyak melakukan aktiviti rumah dari keluar melepak tak tentu hala. Dalam masa lapang ini televisyen menjadi teman karib selain dari internet.
Televisyen di Malaysia banyak dikuasai hiburan dari maklumat. Rtm 1, 2, TV3, Astro dari pagi ke malam dan suboh 67% adalah hiburan. Drama, Filem, Realiti tV dsb memainkan peranan utama dalam industri- lepak-depan Tv bagi orang orang macam gua.
Gua tak nak merepek panjang panjang sebab hal utama gua nak jelas di sini ialah bagaimana pelakon drama macam TIz ZAQyah yang gua anti sangat di awal kemunculan dulu boleh masuk mimpi gua selama 20 malam berturut turut dan seterusnya membuat hidup gua kucar kacir apabila sehari tak tengok lakonannya! Cilake.. Gua betul betul fall in love with this girl.

Ceh, tak guna betul bila hero macam gua jatuh cinta dengan artis.

Gua harap dapat bertemu dengan beliau nanti. TUhan tolonglah Gua!

Tiada ulasan: