25 Mac, 2010


Dolu-dolu time gua kecik2 ntah tahun berapa gua tak ingat, gua penah mengalami sindrom terkejut. Seingat gua waktu tu gua dan adik beradik gua sedang makan nasi lauk telur mata + kicap tamin. Itu jam memang heaven gila lauk sempoi macam tu.

Dalam 4-5 kali suap nasi dalam mulut, penggera api rumah gua berbunyi. Gua dan adik-beradik gua jadi panik! Waktu tu, budak-budak sangat dan bila dengar benda-benda pelik macam tu jadi panik tak ingat. Berterabur meja makan mak gua kami buat.

Dalam panik yang berterusan, mak gua sempat tarik kami adik beradik,( gua, adik perempuan gua dan adik perempuan gua lagi, abang gua takde time tu sebab ada selection dekat Ipswich Town fc)
Mak gua bawa kami ke depan halaman rumah untuk berkumpul. Rupa-rupanya bapak gua dah standby kat laman tu. Gua ingat dia dah pergi kerja dah, ada can la gua pow aiskrim kejap lagi.
Penggera api rumah gua tiba-tiba berhenti.Bunyi nyaring yang memekakkan dah hilang tiba-tiba. Gua sambil lap kesan kicap di mulut sempat mencarut dalam hati. Gua tak carut pada orang tua gua tapi pada duri yang lekat di tapak kaki gua time berlari berkumpul tadi.

Bapak gua menerangkan pada kami adik-beradik dan mak gua bahawa buat julung kalinya rumah kami bukan terbakar , tetapi mengadakan latihan fire drill bak kata orang putih. Gua melopong panjang. Gua ingat sekolah je ada benda ni , tapi kat rumah gua pun ada latihan macam ni rupanya. Hebat bapak gua, keselamatan keluarga memang diutamakan. Sebab tu agaknya sampai hari ni kalau ada benda-benda fire drill ni gua tak buat main punya. Terasa nak jadi bomba pun ada. Pada hari itu juga dalam ceramah bapak gua di halaman, gua sempat dongak kelangit dan nampak garisan putih panjang di langit biru. Gua syak asap roket tu.

######################

Hari ini kalau gua nampak garis putih di atas langit biru gua teringat fire drill yang bapak gua buat dolu-dolu. Gua senyum, dalam hati gua berbunga bangga, " Rare gak bapak gua, buat fire drill kat rumah,".....

3 ulasan:

ape2 jer berkata...

hehe macam mana bapak mcm tu agak anak dia kan? selalu mcm tu la :)

pakkordi berkata...

Tak pernah family gua bikin ni bro. Drill lompat pagar dan bukak mangga rumah diam2 tengah malam secara senyap2 untuk curi keluar malam gua selalu buat, sorang2.

darth mola-mola berkata...

fuh..garis putih mang ada roket la aku fikir dulu..rupenya..