08 Oktober, 2008

Selamat bLAH Dolah!

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.
Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.(jujur ke ni Pak Lah? Atau ada lagi muslihat yang rakyat tak nampak?)
Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden kerana tidak mahu Umno dan BN berpecah."Umno dan BN perlu bersatu untuk menghadapi cabaran global yang lebih besar," katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak itu.(Ye lah tu, sebetulnya taknak malu kerana pencalonan pun tak cukup nak bertanding)
"Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara," katanya.(Hehehe..awak dah parah buat la macam2 alasan. Eloklah tu, lepas mulut penyamun,dapat mulut perompak)

Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.(itu la padahnya kalau mudah lupa...Padan muka! Bye2 Dolah Badwi, harap sempat bertaubat ye.)

1 ulasan:

pemikir lapuk berkata...

aku tk sabar nak tumpang bteduh di bawah najib ikan patin yg dipimpin oleh rosmah ikan buntal